Thursday, 23 July 2015

Perbandingan Tanaman Secara Fertigasi dan Konvensional

Perbandingan antara tanaman cili secara fertigasi dan tanaman secara konvensional.

Rumusan ringkas :
  1. Melalui penanaman cili secara fertigasi, cili boleh dipetik pada usia 85 hari manakala tanaman secara konvensional adalah 100 hari (15 hari lebih awal).
  2. Bilangan buah lebih banyak melalui sistem fertigasi iaitu 4 kali ganda berbanding tanaman secara konvensional.
  3. Hasil sepokok semusim adalah 2.6 Kilogram (kg), berbanding 630 gram bagi tanaman konvensional.
  4. Ketinggian pokok cili ialah 130 cm berbanding 91 cm bagi tanaman konvensional.
  5. Peratusan hidup bagi sistem fertigasi ialah 97% berbanding 75% bagi tanaman konvensional.


Satu kajian telah dijalankan dalam menentukan hasil tanaman cili padi pada sistem fertigasi dan kaedah konvensional. Perbandingan pertumbuhan dan hasil tanaman cili padi telah dilakukan pada kedua-dua sistem penanaman ini.

Pelaksanaan projek

Projek telah dijalankan bermula pada 1 Februari 2010 hingga 31 Julai 2010.

Data pertumbuhan pokok dan hasil direkodkan sepanjang tempoh 6 bulan penanaman.

Cili padi varieti Centel (Chiap Hup Sdn. Bhd.) telah disemai di dalam dulang semaian sehingga 21 hari sebelum dipindahkan.

Bagi sistem fertigasi, anak benih yang berusia 21 hari dipindahkan ke dalam polibeg berwarna hitam bersaiz 13’’ x 20’’ yang mengandungi coco peat sebagai medium tanaman.

Setiap polibeg dititiskan dengan larutan baja dengan formulasi yang sesuai untuk pertumbuhan pokok cili.

Tempoh dan kekerapan titisan larutan baja bergantung pada usia dan peringkat pertumbuhan pokok.

Manakala bagi tanaman konvensional, najis ayam telah digunakan sebagai baja asas dan pokok diberikan baja NPK blue special (12:12:12:17 + TE) dengan selang masa 2 minggu.

Sebanyak 1,000 dan 4,000 pokok cili ditanam secara fertigasi (Gambar 1) dan konvensional (Gambar 2).

Data yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis varian bagi menguji kesan pertumbuhan dan hasil.


Prestasi pertumbuhan dan hasil

Hasil cili padi boleh dituai seawal 85 hari pada tanaman yang menggunakan sistem fertigasi berbanding dengan 100 hari pada sistem konvensional.

Tuaian hasil boleh dilakukan 15 hari lebih awal pada sistem fertigasi berbanding dengan sistem konvensional.

Hasil tuaian awal pada sistem penanaman fertigasi memberi kelebihan kepada pengusaha untuk merancang pemasaran hasil cili.

Perbandingan kedua-dua sistem penanaman juga menunjukkan perbezaan yang ketara dari segi bilangan buah, hasil, ketinggian pokok dan peratus hidup pokok cili bagi penanaman secara sistem fertigasi dan konvensional.

Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap bilangan buah, hasil, ketinggian pokok dan peratus hidup pokok cili antara dua sistem penanaman ini (Jadual 2).

Pokok cili pada sistem fertigasi memberi jumlah buah yang tinggi iaitu 1,758 ± 121 g berbanding dengan 421 ± 43 g yang diperoleh pada penanaman secara konvensional.

Pokok cili pada sistem fertigasi juga memberi hasil empat kali ganda lebih tinggi berbanding dengan penanaman secara konvensional.

Hasil buah yang tinggi pada pokok yang ditanam secara sistem fertigasi dipengaruhi oleh bilangan buah yang diperoleh.

Pokok cili yang ditanam secara konvensional 29% lebih rendah berbanding dengan pokok yang ditanam secara fertigasi.

Sistem fertigasi nyata dapat memberi hasil yang tinggi dan pertumbuhan pokok yang baik.




Kesimpulan

Penanaman secara fertigasi terbuka terbukti berkesan dalam meningkatkan hasil cili padi sebanyak tiga hingga empat kali berbanding dengan penanaman secara konvensional.

Sistem fertigasi terbuka ini adalah satu teknik alternatif dalam penanaman cili padi yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakit bawaan tanah yang sering menyerang tanaman cili padi secara khususnya.

Dengan pengurusan tanaman yang berkesan sistem penanaman cili padi secara fertigasi terbuka ini dapat menjamin pengeluaran hasil cili yang tinggi, sekali gus meningkatkan pendapatan usahawan tani.


Sumber : http://myagri.com.my/2013/10/perbandingan-sistem-penanaman-secara-fertigasi-dan-konvensional/

Wednesday, 22 July 2015

Projek Fertigasi : Peringkat Berbuah dan Mengutip Hasil

Gambar peringkat berbuah dan mengutip hasil.









Gambar dari Blog : http://myagrobiz.blogspot.com/

Projek Fertigasi : Peringkat Pembesaran Pokok Cili

Gambar contoh peringkat-peringkat pembesaran pokok cili, bermula 11 Disember (gambar awal) hingga 6 Januari (gambar akhir)








Gambar dari Bolg : http://myagrobiz.blogspot.com

Projek Fertigasi : Penyediaan Ladang

Gambar contoh penyediaan di ladang bagi projek penanaman cili secara fertigasi.








Gambar dari Blog : http://myagrobiz.blogspot.com

Projek Fertigasi : Pemasangan Sistem Pengairan

Gambar contoh peralatan dan pemasangan sistem paip dan pengairan untuk projek penanaman cili secara fertigasi.



Tangki 600Gelen, 3 buah




Pemasa/Timmer

Gambar dari blog : http://myagrobiz.blogspot.com

Sunday, 12 July 2015

Ciri-ciri Penanaman Secara Teknologi Fertigasi

Sumber Air yang Berkualiti dan Mencukupi

  1. Sumber air adalah elemen yang utama dalam setiap kegiatan pertanian. Kawasan atau tapak perlu mempunyai sumber air yang berkualiti dan mencukupi untuk dibekalkan kepada tanaman.
  2. Sumber air tidak terhad kepada air sungai atau tasik semata-mata tetapi merangkumi sumber-sumber bekalan air dari pihak pengurusan air negeri, telaga dan telaga tiub (tube well) yang diperolehi dari dalam tanah.
  3. Apa yang penting adalah kualiti air yang kita gunakan dan disesuaikan dengan kuantiti air diperlukan oleh tanaman. pH air perlu berada dalam keadaan beralkali (pH 6.5 - 7.5), bebas dari kotoran dan pencemaran bahan-bahan kimia yang menurunkan kualiti air tersebut. 
  4. Klorin yang berlebihan juga perlu dielakkan untuk memelihara akar pokok daripada rosak. Bagi yang menggunakan air berklorin tinggi, pendedahan kepada cahaya matahari selama 24 jam dapat mengurangkan jumlah kandungan klorin apabila ia terpeluap ke udara.
  5. Air yang terlalu berasid boleh dirawat menggunakan Natrium Hidroksida atau menggunakan asid hidroklorik sekiranya air terlalu beralkali. Perlu dipastikan juga akan kandungan garam yang tinggi disekitar 50 bsj akan mempengaruhi pengambilan kalsium dan boron menjadi toksid dalam air masin.
Mendapat Pendedahan Maksimum Kepada Cahaya Matahari dan Suhu Yang Maksimum.
  1.  Kawasan tanaman perlu  mempunyai pendedahan cahaya matahari yang maksimum untuk dibekalkan kepada tanaman bagi menjalankan proses fotosintesis (proses membuat makanan). Elakkan daripada kawasan yang mempunyai bayang-bayang pokok atau bangunan di sekitar kawasan dan secara ringkasnya, kawasan mesti betul-betul lapang.
  2. Pendedahan kepada cahaya matahari ini akan meningkatkan paras glukosa dalam daun yang amat diperlukan untuk menjadikan akar dan batang pokok menjadi sihat dan tegap serta menghasilkan buah yang berkualiti tinggi.
  3. Tanaman memerlukan sehingga 6 - 8 jam sehari kepada pendedahan cahaya matahari dan setiap polibeg perlu disusun berorientasikan arah Utara - Selatan.
Kawasan Yang Mudah Diratakan
  1. Kawasan tanaman perlu diratakan sebaik mungkin untuk melancarkan sistem pengairan terutamanya di kawasan berbukit. Aspek ini amat penting dan perlu diberi perhatian agar pembaziran dan kegagalan sistem pengairan dapat dielakkan.
  2. Kawasan tanah berbukit perlu diratakan dengan kaedah 'cut and fill' dan ada sesetangah pengusaha di tanah tinggi Cameron Highlands menggunakan jentera pemampat untuk mendapatkan kawasan yang betul-betul rata dan padat. Namun kecerunan perlu dikurangkan untuk mengelakkan tanah runtuh disamping mengadakan sistem saliran air yang baik untuk mengelakkan banjir di dalam kawasan tanaman.
Bukan Kawasan Laluan Angin Kencang

  1. Pastikan kawasan tanaman bukan laluan agin kencang bagi mengelakkan pokok tumbang dan yang lebih teruk, menyebabkan kemusnahan kepada RPH yang dibina.
  2. Sekiranya tidak mempunyai pilihan, pastikan struktur yang hendak dibina dan sistem 'trailis' kukuh dengan mengambil kira risiko yang bakal ditanggung.
Mempunyai Bekalan Elektrik

  1. Elektrik atau tenaga ini diperlukan untuk menghidupkan pam yang digunakan dalam sistem ini. Terdapat pelbagai alternatif untuk mengatasi masalah bekalan elektrik di kawasan-kawasan terpencil seperti menggunakan generator, pam berkuasa diesel atau petrol serta tarikan graviti.
  2. Namun sekiranya kawasan tanaman mempunyai akses yang mudah untuk bekalan elektrik, aspek ini perlulah diutamakan untuk mengurangkan kos pengeluaran kelak. Ini kerana penggunaan generator dan pam akan meningkatkan kos pembelian minyak diesel atau petrol dan dalam situasi sekarang di mana harga bahan api ini semakin meningkat, adalah lebih baik jika kawasan tanaman itu mempunyai kuasa elektrik dari TNB atau pun mendapat kuasa dari sumber-sumber yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar.

Berhampiran Dengan Kawasan Kediaman


  1. Bukanlah bermakna kawasan tanaman perlu berada di dalam kawasan kediaman. ini adalah agak mustahil dilakukan sekiranya tinggal di kawasan bandar atau pun di apartment.
  2. Apa yang ditekankan disini adalah jarak antara kawasan kediaman dengan kawasan tanaman berada dalam lingkungan 45 minit perjalanan agar proses pemantauan dapat dilakukan dengan berkesan dan sekiranya mempunyai apa-apa masalah berkaitan tanaman, 'troubleshooting' dapat dilakukan dengan segera.
Infrastruktur yang Baik

  1. Kawasan tanaman perlu mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik termasuk pagar, jalan penghubung, saliran dan kemudahan asas yang lain agar proses penjagaan dan kebajikan terutamanya para pekerja dapat dijaga dengan baik.


Ini adalah ciri-ciri yang perlu diambil perhatian untuk melaksanakan sistem tanaman fertigasi. Memang agak memakan kos yang tinggi terutamanya dalam aspek penyediaan tapak dan infrastruktur tetapi sekiranya aspek ini dijalankan dengan sempurna, para pengusaha tidak akan menghadapi masalah-masalah yang sukar pada masa yang akan datang. Jika dibandingkan dengan sistem konvensional, kerja-erja penyediaan tapak fertigasi ini agak memakan masa yang panjang namun sekiranya dilihat daripada hasilnya kelak, amatlah berbaloi-baloi.

KESIMPULAN
Secara ringkasnya kaedah penanaman secara fertigasi adalah kaedah moden yang praktikal, mengikut amalan pertanian yang baik, sentiasa di dalam kawalan menuju kea rah ‘precision farming’. Ini sangat penting dalam trasformasi teknologi pertanian masakini bagi membantu pengeluaran berterusan dan mendapatkan hasil yang berkualiti tinggi.
Pada masa ini, defisit negara dalam imbangan perdagangan makanan ialah sebanyak RM4.3 bilion. Justeru itu, industri pertanian perlu kepada transformasi untuk menjadikan sektor ini benilai tinggi seperti juga industri di sektor pembinaan dan pembuatan serta perkhidmatan yang lebih moden, dinamik dan berdaya saing.

Dalam usaha meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung berat kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu pengetahuan, program pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi meningkat produktiviti perlu dilaksanakan. Ini termasuk program inkubator dan belia tani bagi melahirkan usahawan tani, sistem ternakan ayam secara tertutup (closed house system) dan program fertigasi tanaman pertanian ini.

Sumber/Rujukan : http://devijohn87.blogspot.com/2012/05/fertigasi.html

Lakaran Sistem Pengairan Fertigasi

Gambarajah Lakaran Sistem Pengairan Fertgasi.
Rujukan : http://www.gagroworld.com/








Sistem Pengairan Fertigasi

Sistem pengairan fertigasi.
Gambar dari : http://fertigasipdns.weebly.com/sistem-pengairan.html