RM 4,000.00 SEBULAN
Mari saya kongsikan berkenaan dengan KOS untuk sesebuah projek fertigasi, lebih-lebih lagi projek fertigasi cili/lada.
1. KOS
Kita gunakan pengiraan yang mudah :
Pada masa sekarang, kos barang-barang input dan sebagainya agak mahal, jadi kadar pengiraan adalah seperti berikut :
- Se ekar tanah boleh memuatkan sekitar 3500-4000 polibag. Jumlah ini adalah jumlah ekonomi untuk sesebuah projek fertigasi.
- Anggaran kos se polibag ialah RM 9.00/polibag PADA MUSIM PERTAMA, ini kerana bila memasuki musim kedua dan seterusnya, kita hanya perlu membeli baja, racun, bil elektrik dan lain-lain. Cuci ladang, sistem pengairan, media, kelengkapan lain dan sebagainya telah di beli pada musim pertama lagi. Dengan kata lain, kos musim kedua dan seterusnya turun kepada RM10,000 (Modal sekitar RM 6000-RM10,000 pada musim kedua).
3500 polibag X RM 9.00 = RM 31,500.00 (Cukupkan RM 40,000 - Termasuk bangsal dan stor), jadi pada musim pertama, modal permulaan ialah lebih kurang RM40,000.00.
2. PENDAPATAN
Sesebuah projek fertigasi, purata pengeluaran sepokok cili ialah 2.5KG/Musim. Jika penjagaan yang baik dan mengikut amalan pertanian yang baik, sepokok cili boleh menghasilkan hingga 3.5-4KG sepokok semusim. Untuk memudahkan, kita letakkan sasaran (KPI) sebanyak 2.5Kg/Pokok/Musim (Semusim = 6 bulan).
Jadi :
3500 Polibag X 2.5Kg = 8,750kg (8.75 Tan).
Berapa harga ladang (harga tolak kepada peraih) sekarang?
Ketika artikel ini ditulis (Bulan Ramadhan), harga tolak ialah RM 10/Kg (Gred campur)
Ambil purata, kerana harga cili ada turun dan naik. Ambil Purata RM6/Kg.
Jadi :
8,750kg X RM 6.00 = RM 52,500.00
Pendapatan bersih (Lebih Kurang)
RM52,500 - RM 40,000 = RM 12,500
Pendapatan Bulanan (6 Bulan/Musim)
RM 12,500 / 6 Bulan = RM 2083 ++ <--- Musim pertama ni
PENDAPATAN BERSIH PENGUSAHA FERTIGASI CILI SEBULAN IALAH RM 2000++ (ini musim pertama).
BAGAIMANA PULA MUSIM KEDUA?
Anggaran kos musim kedua jatuh sekitar RM 10,000/Musim (bagi pembelian baja, racun, foliar, bil air dan elektrik dan kos-kos tambahan lain)
Jika pendapatan masih sama iaitu RM 52,500.00
Jadi :
RM 52,500.00 - RM 10,000 = RM 42,500.00 / 6 bulan = RM 7,000 ++ Sebulan.
Pendapatan seorang Agropreneur Muda yang mengusahakan projek Fertigasi Lada Solok ialah RM7000++ Sebulan (Bersih)
Benarkah pendapatan RM7000? Jawapannya memang YA kerana ada pengusaha fertigasi mendapat RM9000 sebulan dengan hanya menanam lada 4500 polibag (Seekar lebih).
Nota :
- Kos adalah bergantung kepada pengusaha, jika pengusaha hadir kursus dan banyak melawat tempat projek fertigasi serta berkongsi pendapat dengan mereka yang berpengalaman, cara pemaangan dan tip-tip penjimataan, InsyaAllah kos akan berkurangan lagi.
- Berkenaan dengan harga ladang (peraih ambil di ladang), harga lada pernah jatuh kepada RM5.00 sekilo bagi lada solok dan bagi lada kulai pernah jatuh kepada RM3/Kg. Dan harganya juga pernah melonjak ke RM 12/Kg. (Bergantung kepada permintaan dan pengeluaran)
- Kadar kerosakkan/Kematian tanaman hendaklah tidak boleh lebih 5%.
- Musim pertama dah dapat semula modal? Akan tetapi, jia dibawah Unit Agropreneur Muda (samada bawah KADA atau MOA), geran kerajaan akan diberikan kepada peserta yang layak, iaitu maksima RM50,000 bagi projek baru dan RM300,000 kepada projek sedia ada dengan subsidi kerajaan adalah sebanyak 30% dari jumlah pinjaman. Maksudnya, jika pinjam RM10,000, peserta hanya perlu bayar RM7000 sahaja dan RM3000 lagi adalah pemberian kerajaan kepada peserta iaitu dalam bentuk barang-barang.
- Jika kita membuat pinjaman, bayaran mestilah secara ansuran dan selama beberapa bulan (60 bulan contohnya), jadi..tiada yang bayar sekaligus seperti pengiraan di atas. Maknanya pedapatan bulanan pada musim pertama adalah tinggi dari pengiraan di atas.
Dalam bahasa yang mudah, sasaran pendapatan Usahawan Tani Muda iaitu sebanyak RM4000 sebulan tercapai.
Waullahu 'Alam.
Untuk maklumat tambahan, boleh rujuk blog Pegawai Mardi : http://myagri.com.my/2011/01/analisa-kewangan-fertigasi/
No comments:
Post a Comment