AGROPRENEUR MUDA merupakan satu program khas dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menumpukan kepada pembangunan kepada usahawan muda.
Projek ini yang diujudkan oleh MOA atas saranan Menteri Pertanian pada September 2013. Definasi belia adalah mereka yang berumur 40 tahun kebawah yang perlu diberikan insentif untuk menjadi pelapis bagi golongan yang menghasilkan makanan negara yang kini purata umurnya 60 tahun keatas.
Objektif program ini adalah untuk menarik minat dan memberi galakkan kepada usahawan belia berumur bawah 40 tahun menceburi bidang pertanian. Mengubah persepsi belia terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju. Menjadikan industri pertanian sebagai bidang yang boleh menjana pendapatan tinggi dengan sasaran pendapatan RM5,000 sehektar.
Meningkatkan pendapatan peserta melalui cara peningkatan teknologi produktiviti pengeluaran yang berkualiti dan harga tinggi dipasaran. Menurut seorang pegawai di kementerian iaitu Encik Jafni Pegawai Unit Agropreneur Muda (UAM), terdapat beberapa sektor dibawah unit ini iaitu Pengurus Sektor Tanaman (Pegawai pakar dari Jabatan Pertanian), Pengurus Sektor Ternakan (Jabatan Verterinar), Pengurus Sektor Perikanan (Jabatan Perikanan), Pengurus Sektor Inovasi (MARDI) dan Pengurus Sektor Pembiayaan Kewangan (Agrobank).
Syarat kelayakan untuk memasuki program ini adalah mudah iaitu mereka yang terdiri warganegara Malaysia yang berumur diantara 18 - 40 tahun dan tidak ada tahap pendidikan diperlukan. Bagaimana pun pemohon mestilah pernah menjalani latihan teknikal melalui kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Kerajaan (bukan latihan oleh pihak swasta) berkaitan dengan teknologi berkaitan bidangusaha projek yang hendak dilaksanakan. Artikel pagi ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai program Agropreneur Muda untuk dijadikan bahan bacaan.
Permohonan program Agropreneur Muda dibuat dengan mengambil borang di mana-mana Jabatan dan Agensi Pertanian yang terdekat atau melalui lamanweb (online - terus kepada urusetia di Kementerian Putrajaya). Borang akan disiasat dalam tempoh dua minggu dan disahkan oleh pegawai daripada daerah dari segi teknikal, lokasi, teknikal, project viability dan sebagainya. Borang tersebut diproses untuk diluluskan oleh peringkat negeri dan dimaklumkan kepada Putrajaya.
Menteri Pertanian mengumumkan untuk bantuan 30% (in - kind) bantuan daripada jumlah kos keseluruhan. Sebagai contoh, jika kos projek RM10,000, program ini akan berikan bantuan sebanyak RM 3,000 dalam bentuk input atau projek. Pembiayaan pinjaman untuk bantuan dibiayai daripada TEKUN dan Agrobank. Dana pinjaman telah disediakan di TEKUN sebanyak RM 20 juta dan Agrobank RM20 juta menjadikan jumlah semuanya RM40 juta. Kadar pinjaman maksima sehingga RM50,000 dengan kadar pinjaman yang rendah. Terdapat 3 fasa perlaksanaan iaitu Fasa Latihan, Fasa Perlaksanaan dan Fasa Pemasaran.
Artikel ini di ambil dari : http://animhosnan.blogspot.com/2014/03/agropreneur-muda.html
No comments:
Post a Comment